Penulis selalunya risau apabila mereka tidak mampu menulis dengan banyak ketika mereka masih muda. Tapi tahukah anda bahawa ramai penulis menghasilkan novel-novel tersohor mereka ketika mereka sudah agak berumur. Ini boleh dilihat melalui satu infografik terbaru yang diterbitkan oleh Blinkbox Books yang menyusuri karier penulis-penulis tersohor.
Mengikut infografik tersebut, didapati penulis klasik tersohor seperti F. Scott Fitzgerald, Charles Dickens dan Charlotte Bronte hanya mula terkenal selepas umur mereka mencecah atau melewati 30 tahun. Begitu juga dengan penulis moden seperti J.K. Rowling dan Haruki Murakami yang turut mula terkenal selepas umur mereka melewati 30 tahun.
Untuk melihat infografik lengkap, anda boleh klik di pautan INI .
***
Sumber: Blinkbox Books