Permainan video dan puisi mungkin pasangan yang janggal. Tetapi itu tidak menjadi halangan kepada Ichiro Lambe dan Ziba Scott untuk mencipta permainan video yang diberi nama Elegy for a Dead World yang dilancarkan di Steam pada bulan lepas.
Permainan video ini membolehkan pemainnya menulis prosa dan puisi ketika mereka mengembara ke planet-planet yang jauh dan tamadun yang telah pupus. Pemain akan mengharungi 27 cabaran yang diilhamkan dari puisi-puisi era romantik British seperti puisi John Keats dan Lord Byron. Sepanjang pengembaraan mereka, pemain akan diberikan tugas dengan menggunakan beberapa teknik dan gaya penulisan puisi.
Menurut Ichiro Lambe dan Ziba Scott, cabaran utama mereka dalam menarik perhatian orang untuk bermain permainan video ini adalah bagaimana untuk meyakinkan mereka bahawa mereka boleh menulis.
***
Sumber: Wired