Tahun 2014 yang lalu kita disajikan dengan pelbagai filem yang diadaptasi daripada novel. Antara yang popular adalah seperti filem Mockingjay dari trilogi filem Hunger Games yang diadaptasi daripada novel popular tulisan Suzanne Collins dan juga filem The Fault In Our Stars yang diadaptasi daripada novel tulisan John Green.
Tahun 2015 juga tidak kurang hebatnya. Berikut adalah senarai beberapa filem yang diadaptasi dari novel yang akan ditayangkan pada tahun ini yang sudah tentunya dinanti-nantikan bukan sahaja oleh peminat filem malah penggemar buku juga.
Fifty Shades of Grey
Filem yang diadaptasi daripada novel tulisan E.L. James ini bakal ditayangkan pada 13hb Februari ini tetapi dimaklumkan banyak babak-babak "panas" dari novel asal terpaksa dipotong.
Paper Towns
Sekali lagi novel John Green dipilih untuk diadaptasi ke dalam bentuk filem dan kali ini ia juga diarahkan oleh pengarah sama yang mengarah filem The Fault In Our Stars.
Mockingjay (Part 2)
Para peminat novel dan juga filem trilogi The Hunger Games sudah pastikan tidak sabar menonton bahagian kedua filem Mockingjay ini. Filem ini bakal ditayangkan pada bulan November akan datang.
Carol
Adaptasi novel Patrcia Highsmith ini dikatakan mengambil masa selama 11 tahun sebelum ianya dapat difilemkan. Novel yang turut dikenali dengan judul The Price of Salt ini pada asalnya pernah diharamkan pada tahun 1950an. Filem adaptasi ini masih belum lagi mengumumkan tarikh tayangannya lagi.
The Martian
Novel The Martian pernah dipilih sebagai salah satu novel terbaik tahun 2014 oleh Publishers Weekly. Adaptasi filem novel ini dibintangi antaranya oleh Matt Damon dan diarahkan oleh Ridley Scott. Filem ini bakal ditayangkan pada bulan November akan datang.
***
Sumber: Publishers Weekly