Bekas graduan Universiti Princeton, William H. Scheide yang meninggal dunia pada tahun lepas telah meninggalkan warisan yang sangat bernilai kepada alma mater beliau. Warisan tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah sejumlah buku langka yang dianggarkan bernilai 300 juta Dollar Amerika.
Koleksi beliau meliputi 2,500 buah buku yang mengandungi enam buah kitab Injil cetakan pertama termasuk sebuah cetakan injil Gutenberg tahun 1455. Terdapat juga beberapa manuskrip muzik dalam simpanan beliau dan buku lakar dari Beethoven, Bach, Mozart, Schubert dan Wagner.
***
Sumber: Universiti Princeton