Setiausaha tetap Swedish Academy, Peter Englund telah mengumumkan di dalam blog rasmi beliau bahawa seramai 198 orang telah dicalonkan untuk menerima Hadiah Nobel Sastera untuk tahun 2015. Ramai yang mungkin terkejut dengan jumlah pencalonan yang begitu ramai. Namun begitu, Englund menyatakan ianya adalah jumlah yang normal di mana senarai ini akan melalui proses pemilihan yang seterusnya.
Menurut Englund, Swedish Academy menerima 259 cadangan nama untuk dicalonkan bagi menerima Hadiah Nobel Sastera pada tahun ini. Antara 198 orang yang dicalonkan, seramai 36 orang dicalonkan untuk pertama kalinya.
Jadi sama-samalah kita nantikan siapakah yang bakal menerima Hadiah Nobel Sastera 2015.
***
Sumber: Nobel Prize