Novel Don Quixote memang diakui antara salah satu novel terhebat yang pernah ditulis dalam sejarah peradaban manusia. Walaupun begitu terdapat misteri disebalik penulis novel ini iaitu Miguel de Cervantes. Sekian lama ramai yang tercari-cari dimanakah sebenarnya tubuh Cervantes. Mencari kubur Cervantes ini sudah tentunya bukan satu hal yang mudah kerana Cervantes sudah meninggal dunia beratus tahun lamanya.
![]() |
Salah satu keranda yang ditemui yang dipercayai keranda Cervantes |
Tetapi baru-baru ini, ahli forensik sains di Madrid dikatakan semakin hampir untuk menemui kubur Cervantes. Penulis yang dikatakan meninggal dunia pada tahun 1616 ini dipercayai dikuburkan di biara Barefoot Trinitarians di Madrid tetapi masih tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kubur. Para ahli antropologi telah menandakan tiga buah kubur tidak bertanda dan kini sudah berusaha untuk mengesahkan samada ianya adalah benar-benar kubur Cervantes.
Sama-samalah kita nantikan apakah kesudahan pencarian mereka ini.
***
Sumber: Los Angeles Times