Jika anda mengikuti perkembangan berita sepanjang minggu lalu, pasti anda akan terbaca kisah tentang salah satu perpustakaan terbesar di Rusia yang musnah akibat kebakaran. Mengikut sumber berita, perpustakaan yang terletak di Institute of Scientific Information on Social Sciences (Inion) di Moscow tersebut mula terbakar pada hari jumaat dan api hanya berjaya dipadamkan keesokan harinya. Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Walaupun ramai yang menjangkakan berjuta koleksi buku di perpustakaan ini turut mengalami kemusnahan, namun selepas pemeriksaan dijalankan didapati hampir 85 peratus buku-buku masih dalam keadaan baik. Ucapan terima kasih harus diberikan kepada 200 anggota bomba yang sedaya upaya berusaha untuk memastikan buku-buku dalam simpanan perpustakaan ini tidak dimakan api.
Perpustakaan yang ditubuhkan pada tahun 1918 ini bukan sahaja antara perpustakaan terbesar di Rusia, malah turut mengandungi koleksi lengkap dokumen-dokumen berkaitan UNESCO dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
***
Sumber: Melville House