Bagi kebanyakan kita, puisi "Zajal" mungkin kedengaran agak asing tetapi untuk beratus tahun lamanya, zajal pernah menjadi satu bentuk puisi popular. Setiap tahun, pembaca puisi akan bertarung antara satu sama lain dalam pertandingan puisi di mana mereka akan mencipta bait dari perkataan terakhir yang digunakan oleh lawan mereka. Ia bukanlah perkara yang mudah kerana ia seseorang perlu mencipta bait yang sesuai dengan bentuk puisi yang agak rumit.
Dalam penerangan yang diberikan oleh penulis berasal dari Lubnan Zein Al-Amine, beliau menyatakan seperti berikut:
Secara asasnya, seorang pemuisi akan membaca bait-bait yang mencabar atau menghina lawannya. Lawannya pula akan membalas semula dengan cabaran dan hinaan yang sama. Cabaran utamanya adalah peserta perlu membalas dengan menggunakan perkataan terakhir yang digunakan oleh lawannya dan ia juga perlu mengikut rima yang tertentu.
Bukti kewujudan zajal boleh dijumpai di Andalusia walaupun ramai penduduk Lubnan menyatakan ia berasal dari negara mereka. Zajal juga turut boleh dijumpai diamalkan di Syria, Mesir, Palestin, Jordan dan Arab Saudi. Tetapi zajal paling mendapat tempat dan populariti di Lubnan di mana pertandingan zajal pernah ditayangkan di televisyen pada tahun 1960an.
Zajal kehilangan "sengat" selepas Lubnan melalui peperangan saudara selama 15 tahun dan bentuk hiburan lain juga mula mengambil alih.
Kini zajal mula secara perlahan-lahan menjadi popular semula terutamanya hasil sumbangan daripada klip-klip video yang dimuatnaik di Youtube.
***
Sumber: Arablit