Mungkin tidak banyak buku berkenaan Björk yang digembar-gemburkan seperti buku terbaru yang diberi judul Björk: Archives. Buku yang direka oleh M/M (Paris) ini merupakan buku yang diterbitkan dalam bentuk kotak hitam yang besar yang diisi dengan risalah berwarna-warna yang memperincikan tentang karier Björk yang pelbagai dan berwarna-warni.
Risalah tersebut direka untuk kelihatan seperti kertas nota muzik bagi menerangkan bahawa Björk adalah seorang komposer dan bukannya seorang perempuan pelik yang memakai baju angsa sepertimana yang diketahui oleh ramai orang.
Sudah tentu buku terbaru ini tidaklah terlalu astetik seperti muzik ciptaan Björk yang sudah bekerjasama dengan M/M sejak tahun 1999. Apapun sudah tentu buku ini menjadi milikan wajib bagi setiap peminat Björk.
***
Sumber: M/M Paris