KIM GORDON


Ketika berpindah ke New York pada awal tahun 1980an untuk mengejar cita-cita karier dalam bidang seni visual, Kim Gordon terjerumus bermain muzik di pusat bandar Manhattan. Persembahan muzik pertama beliau adalah pada sebuah pameran untuk Dan Graham yang meminta beliau untuk membuat persembahan sebagai sebahagian daripada sebuah kumpulan muzik wanita. Tidak berapa lama kemudian, Sonic Youth ditubuhkan dan kini kita diberikan pula Girl in a Band yang merupakan memoir kumpulan muzik lagenda ini yang merupakan hasil karya Kim Gordon tentang kisah hubungan peribadi beliau, kisah ketika beliau membesar dan juga kisah kota yang membentuk kisah hidup beliau. Berikut adalah temuramah yang dijalankan oleh Billie Muraben yang menuramah Kim Gordon tentang terma payung, suburbia dan bagaimana untuk tidak menjadi seorang yang membosankan.

Buku kamu memang jelas mengenai kehidupan kamu, hubungan peribadi kamu dan juga kerja kamu tetapi ia juga seperti surat cinta kepada kota yang menjadi tempat tinggal kamu pada satu ketika dahulu. Bolehkah kamu terangkan lebih lanjut tentang bagaimana kamu mendapat ilham untuk menulisnya sebegitu?

Sebenarnya saya cuba untuk mencari cara untuk tidak menulis tentang diri saya dan saya rasakan adalah lebih menarik untuk menjadikan tulisan saya seperti sebuah potret kota Los Angeles pada tahun 1960an dan 1970an dan juga kota New York pada tahun 1980an dan 1990an.





Design Office adalah nama yang digunakan untuk merujuk kepada kerja visual, penulisan dan juga muzik kamu. Bolehkah kamu terangkan bagaimanakah ianya berfungsi?

Ia bermula pada awal tahun 1980an dan ia adalah seperti terma payung yang memayungi kesemua benda. Saya rasa saya melihat kerja saya sebagai satu kontinum walaupun cara saya menghasilkan karya seni adalah lebih berbentuk konseptual atau serebrum berbanding muzik yang mana ianya lebih intuitif.

Walaupun pengaruh artistik kamu boleh dilihat dalam ekspresi muzik dan lirik kamu, ia juga sebenarnya boleh dilihat pada rekaan kulit album kumpulan muzik kamu dan juga rujukan  yang dibuat terhadap seniman seperti Ed Ruscha dan Ray Pettibon.


Ya benar. Sudah tentu dalam dunia muzik terdapat perkara yang dipengaruhi oleh filem dan seni. Tetapi saya fikir keseluruhannya datang dari kumpulan muzik saya berbanding ekspresi seni saya seorang sahaja.




 


Mengenai zine pula, kamu ada menghasilkan satu zine kelab peminat yang diberi nama Sonic Death bukan?


Ya betul, Sonic Death. Kami ada menghasilkan zine tersebut untuk beberapa ketika tetapi Thurston lebih berminat tentang zine berbanding saya. Dia ada menghasilkan zine bernama Killer pada awal tahun 1980an.


Bagaimana pula dengan buku yang kamu hasilkan bersama Nieves?


Oh ya, saya ada menghasilkan beberapa buku seni dan ketika itu juga saya selalu juga menghasilkan zine. Saya pernah menghasilkan zine bersama Mark Gonzales dan juga menghasilkan beberapa penerbitan terhad.



Minat kamu terhadap suburbia banyak datang dari kerja visual kamu. Bolehkah kamu beritahu apakah asal-usulnya dan juga tentang minat terhadap bahasa setempat? Adakah kamu fikir kamu begitu mudah sedar tentang keadaan setempat kamu selepas membesar di Los Angeles iaitu ketika pembangunan bandar dilakukan secara besar-besaran?

Mungkin juga. Di New York, banyak kondo yang dibina. Tidak banyak bangunan dibina di New York untuk tempoh yang agak lama tetapi sekarang ia memang gila. Saya tidak tahu samada saya mudah sedar. Maksud saya, susahkan untuk menyedarinya? Saya akan membuat persembahan di 303 Gallery yang mengambil nama sempena nama pembinaan kondo-kondo itu.

Saya mungkin dipengaruhi oleh zaman ketika saya membesar di Los Angeles sambil melihat pembangunan yang menggunakan pelbagai nama yang bertujuan untuk menjual gaya hidup di dalam bangunan-bangunan ini dan ia masih menarik perhatian saya. Bangunan-bangunan ini seperti struktur mega yang mempunyai tempat membeli-belah di dalam bangunan yang sama.

Kembali semula tentang Design Office dan keengganan kamu untuk menulis terlalu banyak tentang diri kamu di dalam buku kamu - adakah kamu rasa ia perkara yang sentiasa kamu fikirkan sepanjang karier kamu? Bagaimanakah kamu mengimbangi kerja kamu supaya tidak terlalu fokus terhadap diri kamu tetapi pada masa yang sama ia sebenarnya adalah kerja yang hampir kebanyakannya datang daripada diri kamu?

Muzik selalunya seperti begitu. Maksud saya, saya memang rasakan walaupun seseorang seniman itu sangat formal atau konseptual, sudah tentunya masih terdapat elemen-elemen personaliti mereka yang mendorong mereka menghasilkan karya mereka. Walaupun pada luarannya ia tidak kelihatan sebegitu.

Saya rasa pada awal tahun 1980an, saya banyak berfikir tentang bagaimana reka bentuk mempengaruhi seni dan seni mempengaruhi reka bentuk dan dialognya. Reka bentuk mengambil hal-hal yang peribadi dan mempersembahkannya kepada umum tidak kira samada naskah iklan atau apa-apa pun. Saya rasakan ia sangat menarik. Dalam aspek yang lain pula, Design Office adalah salah satu cara untuk keluar dari kepompong yang hanya menumpukan pada nama saya atau apa-apa sepertinya, sama seperti mempunyai sebuah kumpulan palsu. Ia juga seperti melawan arus kebiasaan seniman-seniman terkenal. Terdapat banyak kumpulan kerjasama dan seniman-seniman palsu yang menggunakan pelbagai nama dan ia selalunya sangat menarik.

Sebahagian daripada sebab saya melakukan sebegitu adalah kerana Sonic Youth sendiri dan imej sebagai seorang pemuzik dan hal-hal yang lain terikat padanya. Sudah tentu saya boleh menggunakan persona saya untuk menghasilkan karya-karya seni saya tetapi saya rasakan ia sangat terhad untuk jangka masa panjang. Maksud saya, sudah tentu ia sangat seronok untuk melakukannya sebegitu.



Penulis manakah yang bermain dalam fikiran kamu ketika kamu menulis buku kamu? 

Selalunya saya tidak banyak berfikir... Maksud saya ada ketika saya membaca semula buku esei Joan Didion dan saya merasa mahu menulis bahagian tentang Sonic Youth seperti sebuah esei dan ditulis dalam lingkungan sebuah lagu dan sebagainya. Mungkin saya boleh menulisnya seperti sebuah esei seperti buku Lena Dunham dan sebagainya tetapi saya merasakan seperti terdapat cerita penuh di sebaliknya yang menyebabkan ia ditulis dalam bentuk sebegitu. Maksud saya ketika Lena menulis buku, umurnya berapa, 25 tahun? Dia mengingati dengan terperinci kisah hidupnya ketika dia berusia 8 tahun kamu tahu? Jadi ia memang masuk akal.

Pada musim bunga yang lepas, buku yang mengandungi tulisan-tulisan terpilih saya telah diterbitkan dan saya begitu berharap saya dapat memasukkan tulisan-tulisan saya itu ke dalam buku terbaru saya ini tetapi ia sangat sukar untuk bercakap tentang kerja seni saya atau hanya mengkamilkan idea-idea tentang dunia seni dan tidak menjadikannya sesuatu yang bosan atau tidak lengkap. Tetapi kamu juga tidak boleh masukkan kesemuanya kerana sudah tentunya ia sesuatu yang sangat membosankan. Jadi saya rasa saya hanya cuba memilih perkara-perkara yang saya ingin ceritakan seperti tentang perubahan imej saya dan lirik-lirik lagu yang mungkin berkait dengannya.




***
Ini adalah terjemahan temuramah yang dijalankan oleh Billie Muraben yang diterbitkan oleh It's Nice That pada 20hb Mac 2015. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI

ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: KIM GORDON
KIM GORDON
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlRgsR_ZlwFmfzAnEcr0J0PpUf1QSpDJ0CN5c5Ikyi82J_rlHOwFdPJnFUapJy4byXtNZ3G25PLBfFxdr4Fk1-zWfhRRJ31GGD96L9x8OZyLCS2xxoc-Eh-CfBFkSsKy3G7jmRm1FyJw99/s1600/KimGordon-Hero-1-int.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlRgsR_ZlwFmfzAnEcr0J0PpUf1QSpDJ0CN5c5Ikyi82J_rlHOwFdPJnFUapJy4byXtNZ3G25PLBfFxdr4Fk1-zWfhRRJ31GGD96L9x8OZyLCS2xxoc-Eh-CfBFkSsKy3G7jmRm1FyJw99/s72-c/KimGordon-Hero-1-int.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2015/03/kim-gordon.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2015/03/kim-gordon.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin