Bagi seorang pembaca buku, salah satu cita-cita mereka sudah tentunya untuk menulis buku sendiri. Namun pelbagai sebab dijadikan alasan untuk tidak menulis. Walaubagaimanapun, kisah Richard Hopley yang menderita akibat penyakit cerebral palsy (palsi serebrum) mungkin boleh mendatangkan keinsafan.
Atas minatnya terhadap puisi, Hopley melupakan penyakit yang dihadapinya dan menghabiskan masa lebih setahun untuk menulis puisi dengan hanya menggunakan hidungnya. Puisi-puisi tulisan Hopley ini telah dikompilasikan dan diterbitkan oleh Waterstones.
Richard Hopley yang berasal dari Liverpool menggunakan iPad untuk menulis yang mana beliau menggunakan hidung untuk menekan kekunci di iPad beliau.
"Akibat kepayahan saya untuk berkomunikasi, saya mendapati puisi adalah seperti jalan keluar untuk meluahkan apa yang saya rasa" kata Hopley. "saya mula meminati puisi ketika zaman remaja ketika saya mula sedar penyakit yang saya alami. Saya melihat rakan sebaya saya yang lain berjalan berpegangan tangan dengan teman wanita mereka dan ia betul-betul menyeksa perasaan saya. Saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan saya sehinggalah pada satu hari saya menulis di komputer dan tiba-tiba bait-bait puisi mula muncul dan sejak itu saya berasa seronok menulis puisi" kata Hopley lagi.
***
Sumber: Telegraph