Anda mungkin biasa melihat kedai buku di lapangan terbang tetapi pernahkah anda melihat perpustakaan di lapangan terbang? Inisiatif meletakkan perpustakaan di lapangan terbang kini sedang giat dijalankan di kebanyakan lapangan terbang di Amerika.
Cawangan-cawangan perpustakaan yang dibuka ini juga menawarkan perkhidmatan yang berbeza. Ada yang menawarkan muat turun material kepada para penumpang yang hanya singgah sebentar di lapangan terbang manakala yang lain pula hanya meminjamkan buku mereka kepada penduduk tempatan.
The San Antonio Public Library (SAPL) contohnya telah membuka dua kiosk perpustakaan digital di San Antonio International Airport yang menawarkan lebih 58,000 buah e-buku, buku audio dan juga 500 album muzik. Kiosk ini juga turut menawarkan khidmat kepada sesiapa yang ingin mengecas semula gajet elektronik mereka.
Harapnya inisiatif yang sama juga akan diambil oleh lapangan terbang di negara lain dan negara kita juga.
***
Sumber: American Libraries