Profesor David Edwards dari Universiti Harvard yang terkenal kerana mencipta smell-o-phone telah mengumumkan bahawa beliau akan mengembangkan lagi ciptaannya untuk merangkumi e-buku, lagu dan pakaian. Beliau menamakannya sebagai "oBooks" dan "oSongs" yang dipasangkan dengan alat "oPhone" milik syarikatnya Vapor Communications.
Alat ini mengandungi cip-cip beraroma yang akan berhubung sehingga ia mengeluarkan bau yang diprogramkan pada sesebuah fail. Ketika ia dilancarkan pada tahun lepas, ia hanya mampu memberikan aroma yang mesej yang dilampirkan oleh si penghantar menggunakan aplikasinya. Imej pada oBook pula datang dengan tag aroma dan selagi anda mengkases fail ini menggunakan alat yang bersambung dengan oPhone, ia akan memberikan aroma seperti yang dinyatakan pada tag tersebut.
Malangnya, anda masih belum boleh memiliki oSong atau oBook kerana ia masih belum dipasarkan lagi dan setakat ini ia hanya dipamerkan di Museum of the Moving Image di New York mulai 18hb April yang lepas.
***
Sumber: Engadget