Jurnalis dan penulis, Benn Parr mungkin boleh dikira seorang pakar dalam menarik perhatian orang ramai. Buktinya, salah satu strategi terbaru beliau untuk mempromosikan buku terbarunya Captivology: The Science of Capturing People’s Attention adalah dengan menghantar bukunya ke angkasa lepas. Ia merupakan sebahagian daripada projek belon altitud tinggi oleh DREAMS (Doing Research at Extreme Altitudes for Motivated Students) untuk misi ke 24 mereka ke angkasa lepas pada hari sabtu (18hb April 2015) yang lepas.
Belon yang dihantar ke angkasa lepas ini membawa bahan-bahan eksperimen beberapa orang pelajar dan termasuk juga buku tulisan Benn Parr. Benn Parr juga turut mempromosi misi ini di twitter dengan menggunakan hashtag #SpaceBook di mana beliau turut menawarkan hadiah ia buku yang dibawa ke angkasa lepas ini dan termasuk juga peluang untuk berjumpa Buzz Aldrin dan John Travolta pada bulan Julai ini.
***
Sumber: Galley Cat