Jika anda masih ingat, beberapa bulan lalu kita telah melihat rekaan buku menu timbul yang direka oleh Fast Company Design. Kali ini pula, kita akan melihat rekaan buku bunga timbul hasil karya Ray Marshall yang diberi judul Paper Blossoms, Butterflies & Birds: A Book of Beautiful Bouquets for the Table.
Ray Marshall memang tidak asing lagi dalam menghasilkan rekaan buku-buku yang inovatif. Buku menghasilkan buku pertamanya pada tahun 1980 yang diberi judul The Crocodile and The Dumpertruck: A Pop-Up Reptilian Guide to London. Beliau kemudian pernah menerima Hadiah Smarties pada tahun 1985 untuk buku paling inovatif melalui bukunya yang diberi judul Watch It Work - The Car.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di pautan INI.
***
Sumber: The Getty Store