KELAB BUKU MAYA


Mari kita berbual tentang kelab buku. Jika anda seperti saya, seorang bekas pelajar bahasa Inggeris yang pemalu, anda mungkin mengelak untuk menyertai kelab buku kerana ia terasa seperti sebuah kelas tetapi pesertanya dihidangkan dengan wain. Anda merasakan bukankah lebih baik duduk di rumah sambil memakai baju tidur anda?

Jangan risau? Kini wujudnya Letter Writers Alliance yang merupakan sebuah pertubuhan sedunia untuk penulis surat yang mengadakan pertemuan maya supaya semua orang boleh menulis surat bersama-sama. Kathy Zadrozny dan Donovan Beeson memulakan kelab ini pada tahun 2007, tetapi pada tahun ini mereka mula mewujudkan kelab buku maya yang bertemakan surat. Buku pertama yang mereka pilih adalah 84, Charing Cross Road tulisan Helene Hanff. Saya mahu mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana menguruskan sebuah kelab buku maya - apakah kelebihannya berbanding kelab buku biasa? Bagaimana mereka berdiskusi tentang buku dan yang paling penting, apa yang mereka makan? Jadi, di bawah adalah beberapa soalan yang dijawab oleh Kathy dan Donovan.

The Letter Writers Alliance secara asasnya adalah komuniti maya mengenai hobi biasa yang popular. Apa yang membuatkan anda mahu mewujudkan kelab buku maya ini?

Memandangkan ahli kami datang dari seluruh dunia, kami ingin menambah lagi cara untuk menghubungkan semua orang secara maya yang boleh membuatkan kami berasa lebih rapat. Kami juga suka membaca dan perasan bahawa ahli kami selalu mengulas atau mencadangkan buku-buku yang berkaitan dengan surat. Kami lihat terdapat minat untuk berbual tentang buku-buku sebegini dalam komuniti kami. Jadi kami mewujudkan platform untuknya.

Bagaimanakah rancangan kamu untuk menguruskan kelab ini? Apakah perkara yang dilakukan oleh sebuah kelab buku maya?

Kami mewujudkan kumpulan Goodreads yang mempunyai forum untuk setiap buku yang kami akan baca. Kami juga melakukan siaran langsung diskusi dari studio kami menggunakan Google On Air di mana ahli kami boleh menontonnya melalui Google atau video yang diletakkan dalam laman sesawang kami. Kami telah menggunakan On Air untuk perjumpaan maya tentang penulisan surat dan kami menggemarinya kerana ia merakam dan memuatnaik video kami secara automatik ke saluran Youtube kami. Melalui cara ini, orang boleh menyertai kelab buku kami pada bila-bila masa yang mereka mahu jika mereka tidak dapat mengikuti siaran langsung kami. Untuk kelab buku pertama kami, kami disertai oleh rakan kami Ana dari The Well-Appointed Desk untuk perbincangan ini.





Apakah manfaat menyertai kelab buku maya berbanding kelab buku biasa?

Sama seperti perjumpaan maya, kami mahu memberikan peluang kepada ahli kami untuk turut serta jika mereka tidak dapat hadir secara fizikal. Ia adalah salah satu cara kami untuk melibatkan semua orang. Melalui cara ini, kami berharap kami dapat menghubungi semua orang di dunia dan bukan setakat di Chicago sahaja.

Bagaimana kamu mengendalikan perbincangan maya?

Kami menggunakan hashatag (#LWAbookclub) untuk memilih soalan dan ulasan di Twitter dan Instagram. Kami turut juga menggunakan plugin yang dipanggil sebagai ChatWing dan diletakkan di lama acara kelab buku di laman sesawang kami.

Apa yang kamu makan dan minum ketika perjumpaan kelab buku maya berlangsung?

Buat masa ini, kami memakan pretzel berintikan mentega kacang dan biskut coklat yang berbentuk seperti huruf dan nombor. Kami juga meminum teh dan mungkin juga sedikit bourbon.

Apa yang membuatkan kamu memilih 84, Charing Cross Road sebagai buku pertama untuk kelab buku kamu?

Secara jujurnya, ia merupakan satu-satunya buku dalam senarai kami yang belum kami baca dan kami persetujui untuk baca. Kenipisan buku ini juga membantu kerana kami mahu memulakan kelab buku kami dengan buku yang mudah dan cepat dibaca oleh sesiapa yang lewat mengetahui tentang kelab buku kami.

Apakah yang kamu harapkan daripada buku dan perbincangan pertama kelab buku kamu?

Kami memang tak sabar untuk melihat apakah yang akan berlaku. Ini merupakan kali pertama kami mewujudkan kelab buku dan sudah tentunya kami akan banyak belajar. Kami juga teruja untuk berbual dengan ahli-ahli kami. Ia sesuatu yang menyenangkan apabila berbual tentang sesuatu yang kamu suka. Kami juga berminat untuk melihat aspek berbeza tentang cerita yang disukai oleh orang lain.

Apakah nasihat kamu untuk mereka yang mahu memulakan kelab buku maya?

Rancang kelab buku anda lebih awal. Kami merancang dua bulan lebih awal untuk memberi peluang kepada ahli kami dan juga diri kami sendiri untuk memasukkan jadual kelab buku ini ke dalam jadual mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk membaca buku yang dipilih terlebih dahulu. Pilih juga tema yang kamu minati kerana jika tidak, kamu akan menghadapi kesukaran untuk memilih buku yang sesuai. Akhir kata, pastikan kamu menikmatinya kerana ia adalah tujuan utama kenapa kamu berkumpul bersama-sama dengan rakan-rakan kamu!

***
Ini adalah terjemahan temuramah yang dijalankan oleh Jessica Lewis dan diterbitkan oleh Quirk Books pada 8hb April 2015. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI

Sumber gambar: Letter Writers Alliance

ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: KELAB BUKU MAYA
KELAB BUKU MAYA
http://1.bp.blogspot.com/-xyf86YmmYhc/VTOrvvG6IAI/AAAAAAAACF4/Q7PMFcwveU4/s1600/LWAValentineDesktop_HD.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-xyf86YmmYhc/VTOrvvG6IAI/AAAAAAAACF4/Q7PMFcwveU4/s72-c/LWAValentineDesktop_HD.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2015/04/kelab-buku-maya.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2015/04/kelab-buku-maya.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin