Terlalu sibuk adalah alasan yang klise di zaman ini. Tetapi terdapat satu alasan spesifik yang khas: tidak mempunyai masa untuk membaca. Seorang rakan saya yang bekerja sebagai editor buku - dan dibayar untuk membaca novel - memberitahu saya perkara yang paling bagus tentang waktu senggang ketika bekerja adalah peluang untuk membaca novel. Ada sesuatu yang tidak kena di sini; anda tidak mendengar seorang pengendali kren mengeluh tentang tidak dapat menghabiskan waktu senggang mereka untuk mengendalikan kren.
"Keadaan di mana kita membaca pada hari ini tidak sama dengan keadaan 50 atau 30 tahun dahulu" tulis seorang lagi pembaca profesional iaitu novelis dan pengkritik Tim Parks dalam sebuah esei yang dimuatkan di dalam New York Review of Books. "Setiap cubaan untuk membaca secara serius perlu dirancang dan dilakukan bersungguh-sungguh". Parks menulis eseinya itu pada bulan Jun lalu. Hanya pada bulan lepas baru saya dapat meluangkan masa untuk membacanya.
"Keadaan di mana kita membaca pada hari ini tidak sama dengan keadaan 50 atau 30 tahun dahulu" tulis seorang lagi pembaca profesional iaitu novelis dan pengkritik Tim Parks dalam sebuah esei yang dimuatkan di dalam New York Review of Books. "Setiap cubaan untuk membaca secara serius perlu dirancang dan dilakukan bersungguh-sungguh". Parks menulis eseinya itu pada bulan Jun lalu. Hanya pada bulan lepas baru saya dapat meluangkan masa untuk membacanya.
Apa yang membuatkan masalah ini menjadi lebih teruk adalah teknik biasa mengurus masa tidak kelihatan efisien. Laman sesawang di internet penuh dengan pelbagai senarai yang memberikan tips tentang bagaimana meluangkan masa untuk membaca: "Berhenti menonton TV" atau "bawa buku bersama anda setiap masa." Tetapi melalui pengalaman saya, menggunakan kaedah tersebut untuk mengisi 30 minit masa terluang tidak langsung berkesan. Jika anda cuba duduk untuk membaca, fikiran anda akan serta merta melayang memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan kerja anda. Jika tidakpun, anda berasa begitu penat dan membaca buku yang mencabar adalah perkara terakhir yang anda ingin lakukan. Menurut Parks, fikiran manusia di zaman moden ini "lebih tertumpu kepada komunikasi...ia bukannya kerana seseorang diganggu; sebaliknya dia lebih suka diganggu." Pembacaan yang teliti memerlukan bukan sahaja masa, tetapi masa yang istimewa yang tidak boleh diperolehi dengan sekadar menjadi lebih efisien.
Malah "menjadi lebih efisien" juga adalah sebahagian daripada masalahnya. Memikirkan tentang bagaimana untuk menambah masa anda bermakna anda mengambil pendekatan yang instrumental iatu dengan merasakan bahawa masa akan dihabiskan dengan baik jika ia digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat. Membaca dengan asyik pula adalah berbeza kerana ia bergantung kepada kerelaan anda untuk menghabiskan masa anda dengan tidak efisien, tanpa matlamat dan mungkin juga membazikan masa. Jika anda boleh memasukkan aktiviti membaca dalam jadual harian anda, anda mungkin akan dapat mencapai matlamat anda untuk membaca. Ia mungkin berguna tetapi ia tidak akan memberikan kepuasan sepenuhnya kepada anda. "Masa hadapan datang kepada kita seperti botol kosong bersama tali sawat penyampai yang hampir mustahil untuk dihentikan," tulis Gary Eberle dalam bukunya Sacred Time, dan "kita merasakan tekanan untuk mengisi botol-botol yang mempunyai pelbagai saiz (masa, jam, minit) setiap kali ia lalu dihadapan kita kerana jika ia tidak diisi, kita akan membazirkannya."
Tiada set minda yang lebih teruk daripada menghilangkan diri anda dalam dunia buku.
Tiada set minda yang lebih teruk daripada menghilangkan diri anda dalam dunia buku.
Jadi apakah kaedah yang terbaik? Mungkin agak mengejutkan tetapi ianya adalah dengan menjadualkan waktu tetap untuk membaca. Anda mungkin fikir ia akan membantu menambah keefisienan set minda tetapi sebenarnya, seperti yang dikatakan oleh Eberle, ritual sebegitu membantu kita untuk "keluar dari arus masa" dan masuk ke dalam "masa jiwa". (Anda boleh juga menggunakan ruang secara ritual: baca buku di atas kerusi yang sama atau di pangkin yang sama di taman.) Anda boleh mengurangkan sebarang gangguan dengan hanya membaca buku atau e-buku yang hanya mempunyai satu kegunaan. "Membawa buku bersama anda sepanjang masa" mungkin juga berguna jika anda membacanya dengan kerap supaya membaca boleh menjadi aktiviti biasa ketika anda mempunyai masa terluang dalam rutin harian anda sebelum anda kembali menyambung rutin harian anda. Jika anda benar-benar berjaya melakukannya, anda tidak merasakan anda "meluangkan masa untuk membaca, sebaliknya anda membaca dan meluangkan masa untuk melakukan hal-hal yang lain."
***
Ini adalah terjemahan artikel tulisan Oliver Burkeman yang diterbitkan oleh The Guardian pada 3hb April 2015. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI