Memelihara buku memang bukan satu tugas yang mudah. Pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan sesebuah buku berada dalam keadaan terbaik. Tetapi bagaimana pula jika buku lama milik anda telah rosak dan perlu diperbaiki. Bagaimanakah cara terbaik untuk membaikinya?
Jika anda mempunyai duit lebih ataupun anda berada di Jepun, anda mungkin boleh meminta pertolongan Nobuo Okano. Okano merupakan seorang artisan yang memiliki kepakaran dalam membaikpulih buku-buku lama. Melalui satu klip video yang dimuatnaik di Youtube, Okano menunjukkan langkah-langkah yang beliau lakukan dalam membaikpulih sebuah kamus lama setebal 1,000 mukasurat.
Untuk mengetahui lebih lanjut proses yang dilakukan oleh Okano, anda boleh menonton klip video beliau di bawah.