Sudah tentu kita semua tahu perpustakaan adalah "rumah" bagi buku tetapi bagaimana pula jika perpustakaan tersebut dibuat daripada buku?
Sebuah pertubuhan sukarela bernama FLUX Foundation kini dalam usaha untuk membina instilasi sebuah perpustakaan yang dibina menggunakan buku sempena Festival Buku Bay Area pada bulan Jun tahun ini.
Projek yang diberi nama Lacuna ini akan menggunakan 50,000 buah buku yang didermakan oleh orang ramai. Instilasi ini akan dibina di MLK Civic Center Park di Berkeley, California.
***
Sumber: Galley Cat