"Setiap pagi ketika bangun dari tidur," tulis Salvador Dali, "saya merasakan kenikmatan yang begitu hebat: iaitu kenikmatan menjadi Salvador Dali, dan saya bertanya kepada diri saya, dengan penuh kekaguman, apakah insan bernama Salvador Dali ini akan lakukan pada hari ini." Keangkuhan yang lucu ini tertanam rapi dalam DNA persona artistik beliau, dari pendapat-pendapat beliau yang berbunga-bunga tentang keruntuhan moral dan kematian sehinggalah kepada buku masakan erotik beliau yang begitu ranggi.
Tetapi di sebalik persona beliau begitu gah ini terdapat seorang manusia yang begitu rumit dan dihantui dengan pelbagai ketakutan dan perasaan tidak yakin kepada diri sendiri yang melebihi dari apa yang kebanyakan kita cuba selindungi atau imbangi.
Hubungan osmosis diantara individu dan persona inilah yang cuba ditelusuri oleh ahli sejarah seni Scotland, Catherina Ingram dan juga ilustrator British, Andrew Rae di dalam This Is Dali yang merupakan sambungan kepada siri buku yang merangkumi This Is Walhol dan 28 buah lagi biografi berilustrasi dan padat seniman-seniman terkenal. Berikut adalah beberapa ilustrasi dari ini.
***
Ini adalah terjemahan ringkas ulasan buku This Is Dali tulisan Maria Popova yang diterbitkan oleh Brainpickings pada 12hb Mei 2014. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI