Penerima Hadiah Nobel, Pablo Neruda bukan sahaja salah seorang penyajak terhebat dalam sejarah peradaban manusia, tetapi juga seorang yang mempunyai kelebihan luarbiasa untuk melihat ke dalam jiwa manusia. Contohnya refleksi beliau yang mengagumkan tentang pengalaman waktu kecilnya yang mengajar beliau tentang kenapa kita menghasilkan seni dan ianya mungkin antara metafora yang paling indah untuk gerak hati kreatif yang pernah ditulis.
Sebagai pemuja kegeniusan Neruda dan buku kanak-kanak yang pintar terutamanya yang meraikan hidup insan-insan terkenal seperti ilustrasi kisah hidup Albert Einstein dan Julia Child, saya serta merta terpikat dengan Pablo Neruda: Poet of the People hasil karya Monica Brown yang memilki ilustrasi-ilustrasi yang begitu menarik berserta tulisan tangan dari seniman Julie Paschkis.
Kisahnya bermula dengan kisah kelahiran Neruda di Chile pada tahun 1904 di mana beliau diberikan nama Ricardo Eliecer Neftalà Reyes Basoalto. Untuk mengelak tentangan daripada ayahnya yang tidak suka beliau menulis puisi, beliau menggunakan nama pena Pablo Neruda ketika beliau mula menerbitkan karyanya pada usia enam belas tahun. Kisahnya kemudian dilanjutkan dengan kisah tentang evolusinya sebagai seorang penulis, kesedaran politiknya sebagai seorang aktivitis, kecintaannya terhadap manusia dan bahasa dan keindahan hidup.
Neftalà tidak hebat bermain bolasepak atau melontar buah oak seperti rakan-rakannya tetapi dia amat suka membaca dan menemui magis dalam mukasurat-mukasurat yang dibacanya.
Turut disertakan di dalam kisahnya adalah peringatan tentang apakah yang mampu dibuat oleh buku terhadap jiwa manusia dan juga keyakinan bahawa kegeniusan kreativiti bukanlah produk yang boleh diperolehi jika kita hanya menuruti standard biasa dalam mencapai kecemerlangan. Sebaliknya ia adalah tentang bagaimana kita mencari minat sebenar kita.
Buku ini bukan sahaja meraikan Neruda, malah ia seperti surat cinta beliau kepada bahasa. Diantara ilustrasi-ilustrasi Paschkis yang indah, terdapatnya perkataan-perkataan yang indah dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol seperti “fathom” dan “plummet” dan “flicker” dan “sigh” and “azul.”
***
Ini adalah terjemahan ringkas ulasan buku Pablo Neruda: Poet of the People oleh Maria Popova yang diterbitkan oleh Brainpickings pada 04hb November 2014. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI