Ada yang menyatakan bahawa ia mengambil masa 40 hari untuk seseorang mengubah tabiat buruk mereka. Dua orang sahabat baik yang memiliki masalah tersendiri dalam hubungan mereka tiba-tiba mendapati diri mereka menjadi bujang semula dalam masa yang sama telah melalukan satu eksperimen iaitu untuk keluar bersama selama 40 hari. Selama 40 hari, Tim dan Jessica melalui pelbagai cabaran sebagai satu pasangan.
Selepas projek eksperimen yang dikenali sebagai 40 days of Dating ini berlangsung beberapa tahun lalu mendapat sambutan yang begitu hangat, kini mereka beralih pula ke tahap seterusnya iaitu dengan menerbitkan sebuah buku. Jika anda meminati senireka grafik, sudah tentunya buku ini harus berada dalam milikan anda.
Beberapa orang pereka dan ilustrator telah dijemput untuk menyumbangkan karya-karya mereka yang diletakkan di sebelah jurnal harian mereka yang sebelum ini dikongsi di dalam blog mereka yang cukup terkenal. Setiap elemen di dalam projek mereka ini dirancang dengan begitu rapi dengan sentiasa mengambilkira rekaan yang kemas dan bijak.
Berikut adalah beberapa contoh rekaan yang boleh anda lihat di dalam buku ini.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di pautan INI
***
Sumber: 40 Days of Dating