Tinggal di sebuah bandar yang mempunyai banyak kedai buku memang mengujakan. Tapi tahukah anda bandar mana yang mempunyai paling banyak kedai buku?
Mungkin anda akan merasa sedikit terkejut apabila mengetahui bahawa kota Buenos Aires di Argentina merupakan bandar utama di dunia yang mempunyai paling banyak kedai buku untuk dinikmati oleh penduduknya. Dengan jumlah populasi sebanyak 2.8 juta, terdapat 734 buah kedai buku atau 25 buah kedai buku untuk setiap 100,000 penduduknya. Mengikut kiraan Argentina Book Chamber, sebanyak 129 juta buah buku dicetak di Argentina pada tahun 2014 dan ia menjadikan Argentina sebagai negara paling prolifik dalam mencetak buku di Amerika Latin.
Selain daripada budaya membacanya, terdapat faktor lain yang turut menyumbang kepada kemeriahan industri buku di Argentina. Antara adalah kerana tiada cukai jualan dikenakan terhadap buku dan cukai yang tinggi juga dikenakan terhadap buku-buku import termasuk e-buku yang membantu meningkatkan penjualan buku-buku tempatan.
***
Sumber: Publishing Perspectives