Perpustakaan yang cantik memang sentiasa mengujakan. Baru-baru ini, firma dari Mexico, Taller 6A telah melakukan baik pulih dan ubahsuai terhadap sebuah perpustakaan yang terletak dalam sebuah bangunan yang dibina pada kurun ke 18 di Mexico City. Proses ubahsuai ini turut memuatkan sebuah kedai buku di perpustakaan ini yang memiliki beratus kotak kayu yang mencecah siling yang dibina di atas lantai gelasnya.
Perpustakaan yang diberi nama La Ciudadela ini merupakan bangunan bersejarah yang dahulunya pernah digunakan sebagai ibu pejabat askar, penjara, sekolah dan kilang senjata sebelum diubah menjadi sebuah perpustakaan pada tahun 1946. Proses renovasi terakhir yang dilakukan sebelum ini adalah pada tahun 1987 oleh arkitek Abraham Zabludovsky yang menambah bumbung kanopi di taman perpustakaan ini. Taller 6A kemudian diupah untuk memodenkan lagi kemudahan yang terdapat di perpustakaan ini supaya dapat mewujudkan ruang baru untuk aktiviti-aktiviti yang lain. Berikut adalah beberapa gambar ubahsuai yang dilakukan oleh Taller 6A.
***
Sumber: Dezeen