Sebelum kedatangan era digital, kebanyakan manuskrip buku akan disimpan oleh penerbit atau penulis sendiri. Akibat peredaran zaman, maka manuskrip-manuskrip ini turut sama dimamah usia. Akhirnya banyak manuskrip yang dibiarkan tersimpan bertahun-tahun lamanya dan dilupakan dan lebih teruk, hilang dari simpanan.
Berikut adalah beberapa contoh manuskrip buku novel daripada penulis-penulis tersohor yang hilang entah kemana.
Novel tulisan Ernest Hemingway semasa Perang Dunia Pertama
Pada tahun 1922 semasa Hemingway berada di Switzerland, seorang editor meminta Hemingway untuk menunjukkan karya-karya yang ditulisnya. Pada ketika ini, belum ada lagi karya tulisan Hemingway yang diterbitkan. Hemingway menulis kepada isterinya Hadley untuk membawa manuskrip tulisannya ke Paris dengan menaiki keretapi. Hadley telah meletakkan kesemua manuskrip tulisan Hemingway (termasuk salinan karbon) ke dalam begnya. Malangnya beg itu kemudian telah dicuri semasa Hadley berada di stesyen keretapi.
Novel tulisan Thomas Hardy
Penerbit telah menolak manuskrip novel pertama Hardy berjudul The Poor Man and the Lady. Hardy kemudian beralih menulis novel lain dan terus melupakan novel pertamanya itu. Hardy pernah menyebut tentang novel pertamanya ketika berbual dengan Edmund Gosse. Manuskrip itu tidak pernah ditemui sehingga kini.
Manuskrip separuh siap Sylvia Plath
Ketika Plath membunuh diri pada tahun 1963, beliau meninggalkan pelbagai manuskrip dan jurnal yang kemudiannya diwarisi oleh suaminya Ted Hughes. Ada yang menyatakan bahawa antara peninggalan Plath adalah manuskrip novel yang masih belum siap yang bakal diberi judul Double Exposure. Hughes menyatakan bahawa ibu Plath pernah menyebut bahawa beliau pernah melihat 60 atau 70 mukasurat manuskrip novel tersebut.
***
Sumber: MPR News