Penanda buku sudah semestinya aksesori wajib bagi seorang pembaca. Ada yang memilih jalan mudah dengan menggunakan wang kertas, pembalut gula-gula dan sebagainya menjadi penanda buku dan ada juga yang lebih menggemari penanda buku yang unik dan menarik.
Jika anda gemarkan penanda buku yang unik dan menarik, anda boleh berkunjung ke myBOOKmark di mana Olena Mysnyk telah menghasilkan penanda buku yang cukup menarik iaitu penanda buku kaki. Mysnyk merupakan graduan dalam bidang senibina dan menggunakan kemahirannya untuk menghasilkan penanda buku ini.
Jika anda berminat untuk mendapatkan penanda buku ini, anda boleh klik di pautan INI
***
Sumber: myBOOKmark