Sejak sekian lama, perpustakaan menjadi ruang di mana semua orang datang untuk menimba ilmu pengetahuan ataupun mendapatkan bahan bacaan yang menarik dan menyeronokkan. Tetapi peranan tradisional perpustakaan sebagai gudang menyimpan buku kini tercabar dengan perkembangan teknologi semasa. Perpustakaan kini terpaksa berubah untuk terus relevan dalam dunia digital pada hari ini bukan sahaja dari aspek fungsinya, malah juga dari aspek senibinanya.
Atas sebab itu, American Institute of Architects dan American Library Association telah bekerjasama untuk mewujudkan The AIA/ALA Library Building Awards yang merupakan anugerah yang diwujdukan untuk memberi penghargaan kepada rekaan perpustakaan yang menarik yang mana anugerah ini telahpun wujud sejak tahun 1963 lagi. Untuk tahun ini, sebanyak enam pemenang telah dipilih berdasarkan senibinanya dan juga fungsinya dalam memenuhi keperluan sesebuah komuniti.
Berikut adalah pemenang-pemenang yang dipilih.
Cedar Rapids Public Library; Cedar Rapids, Iowa (Arkitek: OPN Architects)
Hillary Rodham Clinton Children’s Library and Learning Center; Little Rock, Arkansas (Arkitek: Polk Stanley Wilcox Architects)
Mission Branch Library; San Antonio (Arkitek: Muñoz and Company)
Vancouver Community Library; Vancouver, Washington (Arkitek: Miller Hull Partnership)
Slover Library; Norfolk, Virginia (Arkitek: Newman Architects dan Tymoff + Moss)
Claire T. Carney Library, University of Massachusetts –Dartmouth; North Dartmouth, Massachusetts (Arkitek: DesignLAB Architects dan Austin Architects)
***
Sumber: Slate