Pantai yang cantik dan memiliki panorama yang indah sudah tentunya menyenangkan hati sesiapa sahaja. Tetapi bagaimana pula dengan pantai yang dilengkapi dengan perpustakaannya sendiri?
Berikut adalah beberapa pantai di seluruh dunia yang pernah atau masih memiliki perpustakaannya sendiri.
Bondi Beach, Sydney, Australia
Perpustakaan yang diwujudkan oleh IKEA ini merupakan antara salah satu strategi pemasaran mereka untuk memasarkan rak buku mereka yang cukup popular iaitu BILLY Bookshelf. Para pengunjung dipelawa untuk bertukar buku atau membeli buku yang diletakkan di rak buku ini yang mana hasil jualan didermakan kepada pertubuhan amal.
Cogee Beach, Sydney, Australia
Salah sebuah lagi perpustakaan pantai yang boleh dijumpai di Australia adalah di Cogee Beach. Sudah tentunya perpustakaan ini diwujudkan untuk menarik minat lebih ramai orang untuk singgah meminjam buku dan membaca.
Black Sea Beach, Bulgaria
Perpustakaan ini terletak di hadapan Hotel Kaliakra dan direka oleh arkitek dari Jerman iaitu Herman Kompernas. Rak buku ini dibina menggunakan bahan khas yang tahan lasak. Kesemua buku di perpustkaan ini juga boleh dipinjam secara percuma.
Metzizim Beach, Tel Aviv, Israel
Perpustakaan ini menawarkan pinjaman buku secara percuma. Buku-buku yang ditawarkan pula datang dalam lima bahasa iaitu bahasa Inggeris, Ibrani, Perancis dan Rusia.
***
Sumber: Melville House