Pelbagai kaedah digunakan untuk mempromos puisi. Ada yang meletakkan bait-bait puisi di dalam bas, bangku dan sebagainya.
Port Angeles Library pula menggunakan kaedah yang berlainan. Untuk tahun kedua berturut-turut, Port Angeles Library yang merupakan sebahagian daripada Washington State North Olympic Library System telah bekerjasama dengan Olympic National Park untuk mewujudkan siri pandu arah sendiri di dalam taman menggunakan papan tanda yang ditulis dengan puisi yang diletakkan merata di dalam taman Olympic National Park.
Antara puisi-puisi yang dipilih adalah puisi daripada Emily Brontë, Robert Burns, Raymond Carver, E.E. Cummings, Emily Dickinson, Langston Hughes, Mary Oliver, Dante Gabriel Rossetti dan beberapa orang lagi.
Puisi-puisi ini akan diletakkan sebagai sebahagian daripada lanskap taman bermula 13 April yang lalu sehingga 14hb Jun ini.
***
Sumber: Seattle Times