Paul Bacon mungkin satu nama yang agak janggal bagi pembaca buku di Malaysia. Paul Bacon sebenarnya telahpun meninggal pada minggu lepas iaitu selepas mengabdikan dirinya selama lebih 50 tahun untuk menghasilkan rekaan muka depan buku dan novel yang cukup tersohor.
Sepanjang kariernya, beliau telahpun menghasilkan lebih 6,500 rekaan kulit depan buku dan ada antaranya yang begitu terkenal dan ikonik seperti rekaan muka depan novel Catch 22, Slaughterhouse Five, Portnoy’s Complaint, One Flew Over the Cuckoo’s Nest dan Jaws.
Menurut New York Times, Bacon merupakan pelopor kaedah rekaan yang dikenali sebagai “The Big Book Look”—iaitu rekaan yang ketara dan minimalis dan kesemua karyanya dihasilkan menggunakan tangan.
Takziah untuk Paul Bacon dan keluarganya.
***
Sumber: Electric Literature