Bagi seorang pembaca buku yang tegar, harga sesebuah buku bukanlah menjadi satu masalah utama apabila mereka berniat untuk memiliki sesebuah buku yang mereka idami.
Buktinya, baru-baru ini, novel The Hobbit tulisan J.R.R. Tolkien edisi pertama yang ditandatangani oleh Tolkien sendiri telah berjaya dilelong dengan harga £137,000 (RM787,000).
Novel ini pada asalnya dihadiahkan oleh Tolkien kepada salah seorang anak muridnya iaitu Katherine “Kitty” Kilbride ketika beliau mengajar di Universiti Leeds pada tahun 1920an. Novel turut mengandungi nota yang ditulis sendiri oleh Tolkien untuk Kilbride.

Walaubagaimanapun, harga ini masih tidak lagi dapat menandingi harga Bay Psalm Book yang berjaya dilelong dengan harga lebih RM50 juta.
***
Sumber: Telegraph