Patutkah buku digunakan sebagai domino?
Rancangan Gifu City Library di Jepun untuk memecahkan rekod dunia bagi domino buku terbanyak baru-baru ini mendapat kritikan yang agak keras dari pembaca-pembaca buku seluruh dunia.
Majlis domino buku yang dirancang diadakan pada 12hb Julai ini pada asalnya bertujuan untuk mempromosikan Gifu sebagai "kota buku" dan juga untuk meraikan renovasi perpustakaan ini oleh Toyo Ito.
Ramai yang mengkritik rancangan Gifu City Library ini dan antara kritikan yang dilemparkan adalah ianya merupakan rancangan yang memalukan kerana buku bukanlah satu barang permainan yang digunakan sebagai domino.
Apa pendapat anda tentang rancangan Gifu City Library ini?
***
Sumber: Telegraph