Ketika Makoto Azuma menghantar sejambak bunga dan pokok bonsai putih ke angkasa lepas, seluruh dunia menarik nafas sambil memarhatikan bunga-bunga tersebut tercerai satu persatu dan kelopak-kelopaknya sedikit demi sedikit hilang dari pandangan. Makoto memang mengkhususkan kemahirannya dalam bidang bunga dan tumbuh-tumbuhan dan ini terbukti melalui kedai bunga "haute coutoure" miliknya yang terletak di Ginza, Jepun yang menumpukan sepenuhnya kepada persembahan artistik tumbuh-tumbuhan. Tidak cukup dengan itu, Makoto Azuma turut tampil dengan buku Encyclopedia of Flowers yang memasuki jilid ke 2.
Buku setebal 512 mukasurat dan mengandungi lebih 15,000 bunga dan tumbuh-tumbuhan berserta indeks yang menyenaraikan nama-nama saintifik setiap tumbuhan ini. Menurut Makoto, proses mengumpul bahan-bahan untuk dimasukkan ke dalam buku ini terasa seperti proses yang semulajadi. "Kerja harian kami adalah untuk terus menambah dokumen tentang alam semulajadi kerana ia sentiasa terpaksa berubah kerana nafsu manusia" tambah beliau lagi.
Proses berterusan dalam merekodkan setiap bunga sudah menjadi satu misi yang tidak pernah akan berakhir bagi Makoto.
***
Sumber: It's Nice That