Perkara yang paling memeningkan kepala seorang penulis adalah bila manuskrip tulisannya ditolak dan mungkin ada yang terus berputus asa untuk terus menulis. Namun tidak bagi John Spurling.
Baru-baru ini, Spurling telah dipilih sebagai penerima hadiah Walter Scott Prize for Historical Fiction untuk novel beliau yang bertajuk The Ten Thousand Things di mana Spurling telah menerima hadiah wang tunai sebanyak £25,000.
Apa yang menariknya, novel beliau ini mengambil masa selama 15 tahun untuk ditulis dan pernah ditolak oleh penerbit sebanyak 44 kali sebelum ia akhirnya diterbitkan oleh syarikat penerbitan Duckworth pada tahun lepas.
Diharap kisah kemenangan Spurling ini boleh memberikan semangat kepada penulis-penulis lain untuk terus menulis dan tidak mengenal putus asa.
***
Sumber: Daily Record