Chip Kidd bukanlah nama yang asing bagi mereka yang meminati seni rekaan kulit muka depan buku. Malah beliau juga begitu terkenal dikalangan peminat Haruki Murakami kerana beliau ditugaskan untuk mereka beberapa kulit muka depan novel-novel Haruki Murakami yang agak popular seperti IQ84.
Chip Kidd kini tampil dengan buku terbaru beliau berjudul Judge This yang memperincikan tentang bagaimana beliau mereka kulit muka depan buku yang cukup terkenal. Baru-baru ini pula, TIME telah meminta beliau beliau untuk menamakan lima kulit muka depan buku klasik pilihan beliau. Berikut adalah kulit muka depan buku klasik pilihan Chip Kidd.
Jaws (Peter Benchly)
Pereka: Paul bacon
The Postman Always Rings Twice (James M. Cain)
Pereka: Arthur Hawkins, Jr.
Charlotte's Web (E.B. White)
Pereka: Garth Williams
Jimmy Corrigan: The Smartest Kid On Earth (Chris Ware)
Pereka: Chris Ware
Detective Comics #27 (Bill Finger)
Pereka: Bob Kane
***
Sumber: TIME