Sebelum ini kita telahpun melihat beberapa contoh perpustakaan yang didirikan di tepi pantai, tetapi perpustakaan terbaru yang dibina di tepi pantai ini mungkin dalam kelas berbeza.
Perpustakaan yang didirikan di tepi pantai di Nandaihe, China ini dibina oleh Vector Architects. Dari luar, ia mungkin kelihatan seperti binaan bangunan konkrit yang membosankan tetapi bahagiannya dalamnya mungkin akan mengubah fikiran anda.
Ia menampilkan rekaan perpustakaan yang begitu unik dan moden yang mengandungi ruang membaca, ruang meditasi, bilik aktiviti dan juga bar.
Apabila anda melangkah masuk ke dalam perpustakaan ini, anda akan merasakan angin laut yang sepoi-sepoi dan juga bunyi ombak yang menenangkan dan ia sudah tentunya berbeza dengan suasana di bandar.
***
Sumber: Dezeen