Selepas melalui peperangan, pelarian dari Syria merupakan satu pemandangan biasa di Istanbul. Mereka boleh dilihat di tepi-tepi jalan atau duduk secara setinggan di bangunan-bangunan tinggal. Melihat keadaan ini, satu usahasama telah dijalankan diantara pembaca buku dari Syiria dan Turki untuk mewujudkan satu perpustakaan khas untuk para pelarian ini.
Mereka telah memulakan inisiatif mereka dengan membaikpulih rumah-rumah kayu lama yang dan mengubahnya menjadi sebuah perpustakaan yang dikongsi oleh para pelarian Syria, Iraq dan Libya.
Antara orang kuat inisiatif dalam mewujudkan perpustakaan ini adalah Samer al-Kadri yang telah tinggal di Istanbul selama lebih setahun selepas syarikat penerbitannya Bright Fingers Publishing yang diasaskan di Damascus, Syria tidak dapat lagi beroperasi akibat peperangan.
Setakat ini, perpustakaan ini memiliki lebih 2,000 buku dalam bahasa arab dan juga buku-buku terjemahan.
***
Sumber: NPR