Buku memang mempunyai pelbagai fungsi. Selain untuk dibaca, buku juga kadang-kadang digunakan sebagai alas, penindih dan mungkin pada waktu-waktu kecemasan digunakan sebagai pemukul serangga.
Seniman kelahiran Perancis iaitu Yves Duranthon mengambil satu lagi langkah kehadapan dengan buku apabila mewujudkan pertarungan membaling buku. Baru-baru ini seramai 40 orang telah hadir ke Palais de Tokyo in Paris untuk menyertai acara ini.
Walaupun generasi tua mungkin tidak berapa setuju dengan acara ini, ia mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada anak-anak muda yang tidak mempunyai sebarang masalah dengan acara sebegini.
Menurut Duranthon, beliau mendapat idea untuk mewujudkan acara ini daripada penulis Jepun, Yuichi Yokoyama yang mana salah satu novel beliau mengisahkan tentang satu watak yang mempertahankan dirinya daripada serangan Samurai dengan membaling buku terhadap Samurai tersebut.
***
Sumber: Vice