Pada bulan November tahun lepas, sebuah Universiti di Jerman melaporkan bahawa mereka telah menemui apa yang dipercayai manuskrip Al Quran tertua di dunia di mana manuskrip yang mereka temui dianggarkan ditulis sekitar tahun 649-675 selepas masihi.
Kini Universiti Birmingham pula melaporkan bahawa mereka telah menemui satu manuskrip lagi Al Quran yang lebih tua. Melalui ujian radiokarbon yang mereka jalankan, mereka menganggarkan manuskrip Al Quran ini ditulis sekitar tahun 568-645 selepas masihi. Jika dilihat pada tahun manuskrip ini ditulis, terdapat kemungkinan bahawa si penulis mengenali Nabi Muhammad S.A.W.
Manuskrip ini merupakan sebahagian daripada koleksi Mingana yang dikumpul pada sekitar tahun 1920 oleh Alphonse Mingana.
***
Sumber: BBC