Aplikasi buku popular seperti iBooks, Wattpad dan sebagainya memang memudahkan seorang pembaca untuk membaca dan menguruskan koleksi buku mereka. Namun begitu, terdapat beberapa lagi aplikasi yang sebenarnya boleh dimuat turun yang menawarkan pengalaman membaca yang menyeronokkan.
Berikut adalah beberapa aplikasi tersebut.
Madefire
Madefire adalah aplikasi yang memberikan pengalaman baru membaca novel grafik kerana ia juga datang dengan suara dan animasi. Kebanyakan komik boleh dimuat turun dengan sedikit bayaran dan terdapat juga muat turun secara percuma setiap hari Jumaat.
BitLit
BitLit adalah aplikasi untuk mereka yang gemarkan buku fizikal tetapi pada masa yang sama lebih selesa membaca buku elektronik ketika melancong dan sebagainya. Anda hanya perlu mengambil gambar rak buku anda dan aplikasi ini akan secara automatik mengesan buku sama yang mungkin terdapat dalam pangkalan data BitLit yang anda boleh muat turun dengan percuma atau dengan harga diskaun.
Libib
Libib adalah aplikasi percuma untuk membantu anda mengurus dan mengkatalog buku, muzik, filem dan pelbagai lagi dalam satu tempat. Anda boleh menambah buku anda secara manual atau menggunakan pelbagai kaedah yang disediakan oleh aplikasi ini.
Acceleread
Acceleread adalah aplikasi percuma yang membantu anda untuk membaca dengan lebih pantas. Anda juga boleh memuat turun versi berbayar (USD4.99) yang mempunyai lebih banyak fungsi.
***
Sumber: Book Riot