Hampir kesemua Hadiah Sastera seperti Hadiah Sastera Novel mengikitraf penulis, tetapi berapa banyak pula Hadiah Sastera yang menghargai sumbangan seorang penterjemah? Ia bukanlah satu rahsia bahawa penterjemah selalu menjadi wira yang tidak didendang walaupun buku yang mereka terjemah terjual berjuta-juta naskah. Sebagai contoh, novel-novel Haruki Murakami mungkin tidak akan menjadi popular di seluruh dunia jika tiada sebarang inisiatif diambil untuk menterjemahkannya ke bahasa lain.
Atas dasar itu, Man Booker International Prize memutuskan bahawa mulai tahun hadapan, para penterjemah akan diberikan penghargaan sewajarnya. Mulai tahun hadapan, hadiah wang tunai £52,000 yang dimenangi oleh penulis akan dibahagiakan sama rata antara penulis dan penterjemah dengan harapan ianya akan mewujudkan kefahaman yang lebih tentang tugas dan kepakaran yang diperlukan untuk menjadi seorang penterjemah. Diharap juga bahawa lebih banyak syarikat penerbitan yang akan melabur dalam bidang penterjemahan buku.
***
Sumber: Telegraph