Leonardo da Vinci mungkin bukan seorang individu yang perlu diperkenalkan dengan panjang lebar. Kegeniusan beliau memang sudah diketahui ramai. Beliau cukup terkenal sebagai seorang pelukis dan antara diiktiraf sebagai antara manusia yang paling hebat yang pernah hidup di muka bumi ini.
Atas sebab itu, satu eksibisi telah diadakan di Minneapolis Institute of Arts yang bertujuan untuk mengkaji kegeniusan da Vinci melalui Codex Leicester iaitu buku nota 72 mukasurat berusia 500 tahun tulisan da Vinci.
Menurut kurator eksibisi ini iaitu Alex Bortolot, buku nota da Vinci ini sedikit sebanyak menerangkan tentang apa yang difahami oleh da Vinci tentang makrokosme dan mikrocosme dan struktur yang membayangi bahagian-bahagian ini. Ini juga sedikit sebanyak menerangkan bagaimana da Vinci membuat banyak penemuan-penemuan saintifik yang hebat walaupun tanpa pertolongan teknologi moden zaman kini.
Eksibisi ini bakal berlangsung sehingga 30hb Ogos 2015.
***
Sumber: Huffington Post