Seni yang menggunakan buku sebagai medium sudah tentunya akan menarik perhatian mana-mana pembaca. Baru-baru ini, Susanna Hesselberg telah menghasilkan satu instilasi yang agak unik sempena eksibisi seni dwi tahunan Sculpture by the Sea yang diadakan di Aarhus, Denmark.
Hesselberg yang berasal dari Sweden telah menghasilkan satu "lubang perpustakaan" yang menyusur ke dalam tanah yang diberi nama "When My Fahter Died It Was Like a Whole Library Had Burned Down".
Walaupun kelihatan agak unik, Hesselberg menyatakan maksud di sebalik karyanya ini biasa-biasa sahaja. Ia merupakan rujukan kepada lirik dari salah satu lagu Laurie Anderson berjudul World Without End.
***
Sumber: This Is Colossal