Perdebatan diantara buku fizikal dan buku elektronik pernah menjadi satu perdebatan yang hangat satu ketika dahulu. Pelbagai hujah dikeluarkan untuk menyokong pendapat masing-masing dan ada yang menjangkakan bahawa buku fizikal akan menemui kematiannya. Apapun jangkaan ini ternyata meleset.
Melalui kajian tentang penjualan buku di Amerika yang dilakukan baru-baru ini, didapati buku fizikal masih menjadi format buku pilihan para pembaca. Melalui data yang diperolehi, didapati lebih 1 bilion buku fizikal berjaya dijual pada tahun 2014 berbanding hanya 882 juta pada tahun 2013 dan ia mendatangkan pulangan sebanyak USD4.84 Bilion.
Bagi buku elektronik pula, sebanyak 510 juta buku berjaya dijual pada tahun 2014 dan ia membawa pulangan sebanyak USD3.37 bilion.
***
Sumber: Digital Book World
Sumber gambar: VStore Kids