Poster bolehlah dikatakan satu medium menyampaikan sesuatu mesej dengan pantas dan ringkas. Untuk menyampaikan sesuatu mesej melalui poster, sudah tentunya poster tersebut perlulah direka dengan teliti dan menarik dan mengandungi perkataan-perkataan yang mampu menyampaikan maksud sesuatu poster tersebut. Namun begitu, bolehkah sesuatu mesej disampaikan melalui poster dengan hanya menggunakan imej tanpa sebarang perkataan?
Itulah yang cuba dibuktikan melalui buku terbaru berjudul No Words Posters terbitan RIT Press dan disusun oleh Armando Milani. Buku ini mengandungi lebih 200 poster oleh 100 orang pereka dari seluruh dunia.
Poster-poster ini merangkumi pelbagai topik dan subjek penting termasuk alam sekitar, keganasan dan banyak lagi. Menurut Milani, poster-poster ini menunjukkan keupayaan seseorang pereka untuk menyentuh perasaan dan kefahaman seseorang tanpa perlu menggunakan sebarang perkataan kerana sesuatu simbol berkata-kata dengan sendiri.
***
Sumber: Print Magazine