Jika anda meminati seni graffiti, Santiago di Chile mungkin adalah antara salah satu destinasi yang anda mungkin anda ingin kunjungi. Tetapi bukan semua orang mampu berkunjung ke sini atas pelbagai faktor yang tidak dielakkan.
Namun begitu, jika anda masih ingin menyusuri keindahan seni graffiti di Santiago tanpa berkunjung ke sini, anda kini boleh memiliki buku katalog seni graffiti jalanan di Santiago yang dihasilkan oleh seniman jalanan dari Chile iaitu Lord K2 yang diberi judul Street Art of Santiago.
Lord K2 telah mendokumentasi 14 kawasan di sekitar ibu kota Chile ini dan turut menemubual seniman-seniman jalanan tempatan.
Buku katalog ini mengandungi lebih 200 foto dan 80 temuramah dan para pembaca juga boleh mengetahui bagaimana seni jalanan di Santiago dipengaruhi oleh graffiti dari Amerika, Eropah dan Brazil dan juga bagaimana ia juga turut dipengaruhi oleh sejarah politik negara Chile sendiri.
***
Sumber: Creators Project