Tidak berapa lama dahulu, kedai buku Waterstones pernah menawarkan kepada para pengunjungnya untuk bermalam selama semalam di kedai buku mereka. Tawaran tersebut dibuat selepas kisah salah seorang pengunjungnya yang terperangkap di dalam kedai buku mereka menjadi popular.
Kini sebuah hotel di Tokyo mungkin boleh memberikan anda pengalaman yang sama seperti bermalam di sebuah kedai buku. Sebuah hotel yang dikenali dengan nama Book and Bed bakal dibuka di Tokyo pada bulan September ini dan mereka mengalu-alukan para penggemar buku untuk datang dan bermalam di hotel mereka.
Hotel ini merupakan usahasama diantara syarikat rekaan Suppose Design Office, kedai buku/penerbit buku Shibuya Publishing dan juga butik hartanah R-Store.
Jadi jika anda berkesempatan berkunjung ke Tokyo, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi hotel buku ini.
***
Sumber: Rocket News 24