Kita semua sudah sedia maklum wujudnya pelbagai saluran televisyen di dunia ini seperti saluran sukan, makanan, dokumentari dan sebagainya tetapi wujudkah saluran televisyen yang dikhususkan untuk buku?
Atas alasan itu, Booklandia.TV kini telah memulakan kerjasama dengan kedai buku Powell dan Universiti Oregon untuk mewujudkan rancangan khusus untuk para penggemar buku. Antara rancangan yang diwujudkan (yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar dari Fakulti Jurnalisme dan Komunikasi, Universiti Oregon) adalah "Book Smarts" yang menampilkan temuramah dengan orang awam, "Kids Corner" (khusus untuk kanak-kanak yang bercerita tentang buku kegemaran mereka) dan juga "Epilogue" (Berita-berita berkenaan buku).
Harapnya suatu hari nanti usaha sebegini akan wujud juga di Malaysia.
***
Sumber: Book Patrol