Penjualan buku-buku erotik di Malaysia mungkin sesuatu yang agak sukar dikesan secara terang-terangan. Melainkan beberapa undang-undang lama yang sudah sedia ada yang mengawal penjualan dan pengedaran bahan-bahan erotik dan lucah, memang agak kurang maklumat tentang bagaimana penjualan buku-buku erotik dikawal di Malaysia terutamanya dalam bentuk e-buku.
Di negara Jerman pula, penjualan buku erotik dikawal dengan cara yang agak pelik di zaman moden ini. Baru-baru ini, dilaporkan bahawa para penjual buku di Jerman dilarang untuk menjual e-buku erotik sebelum pukul 10 malam.
Semuanya berakar umbi daripada sebuah memoir bertajuk Schlauchgelüste di mana banyak aduan diterima yang menyatakan ianya begitu mudah diperolehi. Akibatnya, negara Jerman terpaksa menguatkuasakan undang-undang yang sudah wujud sejak tahun 2002 lagi yang menghadkan penjualan e-buku erotik diantara jam 10 malam sehingga 6 pagi sahaja.
Walaubagaimanapun tidak diketahui apakah kaedah yang akan digunakan penjual e-buku di Jerman untuk mematuhi undang-undang ini.
***
Sumber: Factually