Buku bukan sahaja boleh menambah ilmu pengetahuan, malah kini ia juga boleh memastikan air yang anda minum berada dalam keadaan bersih.
Satu projek terbaru yang dikenali dengan nama Drinkable Book project yang diketuai oleh Dr Teri Dankovich telah menghasilkan sebuah buku yang mampu membunuh 99 peratus bakteria dari air yang tercemar dan menjadikan air tersebut selamat diminum. Ini terbukti melalui ujian yang dijalankan di Ghana, Afrika Selatan dan Bangladesh di mana keberkesanannya diakui.
Buku yang dihasilkan ini mengandungi mukasurat yang telah dirawat dengan partikel-partikel nano dari perak atau tembaga yang mampu membunuh bakteria. Setiap mukasurat buku ini juga memberikan tips tentang bagaimana merawat air yang tercemar dan kepentingan merawat air-air yang tercemar ini. Mukasurat-mukasurat buku boleh dikoyakkan dan diletakkan pada pemegang penapis air.
Setiap mukasurat mampu membersihkan hampir 100 liter air tercemar dan setiap buku pula mampu membersihkan air untuk seseorang hingga empat tahun.
***
Sumber: Independent